Let Me Be ME

Tuesday 4 October 2016

wise word from deheart


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday 17 August 2016

Cara menjaga hamster

Ni ada tips sikit cara jaga hamster
-first thing first pada korang yang baru beli hamster yang suka mengigit terutama baka syrian itu perkara biasa sebabnya hamster kalau dia macam nak cop tu tuan dia..  Cara nak bagi dia kenal korang hulur lah jari korang bagi hamster hidu tapi kalau nampak macam hamster korang nak mengigit tarik lah jari tu..
-kalau boleh sangkar hamster tu tukar 5hari sekali,  sebabnya hamster terutama winter gold and winter white ni pembersih kalau boleh dia nak bersih je..

Ni pulak cara nak tahu hamster mengandung tips ni aku dapat dari husaini punya blog.  Aku dapat ni sebab hamster aku aku syak mengandung

  • Hamster anda akan lebih besar daripada kebiasaan....
    (Betina la. kalau jantan yang besar, itu overweight ok!)
  • Hamster betina anda akan makan lebih banyak daripada biasa...
    (kalau makanan habis cepat daripada biasa, tandanya hamster betina sudah ada tanda-tanda dia mengandung. Almaklumlah, bukan si ibu je yang makan, tetapi anak2 dalam perut pun tumpang sekali! Tapi kalau hamster jantan yang makan banyak, itu buruk lantak!)
  • Hamster betina akan buat mula buat sarang. Dia kumpulkan bedding kat satu tempat dan kadang-kadang dia letak makanan-makanan kat situ. (standby la katakan...) 
  • Perut hamster betina besar kebawah hingga ke satu tahap boleh mencecah lantai sangkar.
    (Hamster adalah haiwan yang aktif. Selalunya, perut dia tidak akan cecah ke lantai. Tetapi kalau perut hamster betina anda sudah mencecah lantai, itu tanda dia sedang pregnant!)
  • Kalau boleh asingkan siap2 jantan dan betina sebabnya si jantan akan makan anak dia..
  • Letak makanan yang banyak sebab kalau anak dia lahir korang tak boleh jenguk atleast 2 minggu. Sampai anak dia tumbuh bulu. 
CARA PENJAGAAN HAMSTER KETIKA SEDANG 
BUNTING DAN SELEPAS BERANAK :

1. Yang ni paling penting , bila dah tahu hamster korang bunting , KORANG MESTI *WAJIB ASINGKAN HAMSTER BETINA DAN HAMSTER JANTAN . Kalau korang tak asingkan , jangan harap dapat jadi nenek or atuk kepada hamster korang okay .

Ni lah anak hamster ada 4ekor.

Hamster jantan akan makan anak hamster yang baru lahir so tolong asingkan dorang dalam sangkar lain .

2. Biarkan hamster betina forever alone sekejap dekat sangkar ketika sedang bunting sebab dia memerlukan masa untuk bersendirian. Ingat , jangan main dengan hamster betina ketika sedang bunting sebab semanja sejinak mana pun hamster korang tapi kalau tengah bunting dia akan jadi sangat garang dan agresif !!!

3. Bila hamster korang dah selamat bersalin *beranak , jangan sentuh baby hamster terlalu kerap sebab nanti ibu hamster perasan ada bau lain dekat badan anak dia nanti dia tak mahu susukan baby hamster tersebut .

4. Jangan salahkan ibu hamster kalau jari korang kena gigit jika try nak pegang anak2 beliau . 

5. Sebaik sahaja ibu hamster beranak , bersihkan sangkar hamster . Anak2 hamster memerlukan persekitaran yang bersih untuk hidup dengan sihat tanpa penyakit .

6. Pastikan sangkar dibersihkan dengan kerap supaya anak hamster tak kena penyakit mata . *Kesian okay .

7. Biarkan anak hamster tinggal bersama ibunya sehingga dia pandai makan dan minum sendiri .

8. Lepas anak hamster dah pandai makan dan minum sendiri , asingkan anak2 hamster dan ibu hamster . Ibu hamster pun penat okay jaga anak2 dia . Manusia jaga seorang anak pun dah penat apetah lagi ibu hamster yang sekali beranak 4-6 ekor. *Hamster aku penah mati akibat keletihan menjaga anak .

9. Sentiasa bagi makanan dan minuman yang mencukupi . Sebaik-baiknya campurkan vitamin untuk hamster dalam bekas air untuk hamster .

10. Jangan terus campurkan ibu hamster dengan bapak hamster selepas diasingkan dari anak . Bapak hamster ape tau , koje nak tibai ibu hamster je . 

11. Biarkan ibu hamster bersendirian dalam sangkar lain . Bila ibu hamster dah kembali aktif , baru campurkan kembali dengan bapak hamster . 

Any other question korang boleh pm me kat fb :Dianatul huda tq for reading

Monday 27 June 2016

impian

Benda yang paling aku nak buat...
impian aku dari kecil lagi..
orang takkan pernah faham mak aku pun tak faham..
aku teringin nak jumpa ayah aku..
aku tahu dia hidup lagi..
aku nak jumpa dia aku ada seribu soalan untuk dia..
aku nak luang masa dengan dia walaupun sehari..
aku nak cerita dekat dia bertapa susah hidup aku ada bapak tiri..
aku nak bagi tahu dia, dia takda bapak tiri buli aku sesuka hati..
satu je harapan aku , aku nak jumpa dia...