Let Me Be ME

Monday 23 November 2015

Perangai typical orang malaysia

Masalah malaysia ni suka menunding jari sesama sendiri..
Tak kiralah sesama kaum ke..
Sesama umur ke...
Sesama parti politik...
Sesama jantina pun sama je..

Sesama kaum ni tak payah cakap banyakla memang perkara-perkara racist..
Sesama umur yang aku meluat kalau orang yang lebih muda tegor ada je jawapan orang yang lebih tua aka konon2 lebih berpegalaman ni..
Teringat aku satu situasi dimana aku cakap kalau xsilap sunatkan kucing berdosa sebab aku dengar dari ustaz ada lah seorang hamba Allah ni dik Akak rasa adik ni xtau pasal kucing sangat.. Ala actually dua2 xsalah asalkn niat nak selamatkan kucing tu.
Yang politik ni pulak satu hal parti ni kata parti ni teruk buat fitnah sesama sendiri memang banyaklah kat Malaysia ni tambah pulak dengan setesen TV yang berat sebelah ni...

Hah ni pun popular sesama jantina..
Sebgai contoh perempuan post lelaki yang baik pergi solat subuh di masjid..
Eh come in lah asal kan dia xtinggal solat xsemesti dia xbaik atau xleh jadi suami yang baik dengan hnya xpergi masjid solat subuh..

Statement lelaki pulak perempuan yang pandai masak calon isteri pilihan..
Elehhhh macam lah calon suami konon2 tu sedap sangat masaknya...
Kalau pandai sangat ajarlah isteri tu nanti...

Pengajarannya di sini xpayah lah mak judge orang sangat.. Sebelum buat berkata2 fikir dulu and kalau orang bagi nasihat tu amiklahh... Jangan kita berlagak pandai Dan hebat sangat xkira siapa pun diri kita...

Tuesday 6 October 2015

have courage and be strong..

pernah tak terfikir yang kau benci sangat kau orang..
sebab apa mungkin sebab perbuatan dia pada kita..

than kau akan terus membenci dan terus membenci..
tapi pernah tak kau terfikir semakin kau berdendam semakin sakit hati kau...
semakin kau berdendam semakin susah untuk kau lupakan apa yang berlaku..
pernah tak kau terfikir dia kesah tak pernah yang kau benci dia..
yes karma will do it but while you wait for karma to revenge..
you been hurt soo much till you can imaging..

cuba sekali kau maafkan je perbuatan orang tu..
atau pun kau cuba ingat perbuatan baik dia pada kau..
atau kau minta maaf pada dia..
kita ni manusia biasa dan tak sempurna kadang-kadang kita tak sedar..
sebenarnya kita pun banyak sakit kan hati orang lain..
mungkin apa yang terjadi kerana sikap kita...
and now! stop being selfish..

have courage and be kind ok..

                         

Thursday 23 July 2015

hidup susah

bila hati tak tenang dengan apa yang dapat...
bersyukur pun susah..
nak mengadu pun tak tahu ke mana...
diam jela yang mampu...
sabarla duhai hati...
belum terlambat untukkau tolong mak..
hidup susah rumah sempit...
mengharap kan gaji yang skit dalam dunia yang sekarang ni...
sangat menyeksakan...

Sunday 24 May 2015

kenapa

Kenapa susah sangat aku nak lupakan dia..
Walaupun aku ada hadi aku sayang hadi..
Kenapa susah untk aku tidak memikirkan tentang apa yang dia lakukan..
Tentang detik masa kami rapat..
Jadi kawan baik..
Sampai lah aku sayang dia..
Dan aku tahu dia ada girlfriend..
Aku menjadi orang ketiga..
Dia begitu angkuh sehingga aku xboleh nak maafkan dia..
Sebab dia xpernah minta maaf pun..
Bagi dia dia lah betol..
Dia xpernah salah..
Tak pernah terfikir ke dalam hati dia yg aku menderita memikirkan tentang ap yang dia lakukan pada aku..

Thursday 29 January 2015

Takdir

kadang-kadang tengah kita gembira..
tibe-tiba masalah datang melanda..
tengah kita bahagia tiba-tiba kita terluka..
saat kita terlalu percaya pada seseorang
 tiba-tiba seseorang itu melukakan kita..
kita terasa diri ini dihargai tiba-tiba dia menghina..
bila semua itu terjadi kita rasa hampa..
kita rasa kecewa , kita menyoalkannya..
kita menyalahkan hidup..
tetapi pernah tak kita terfikir semuanya berlaku untuk kebaikan..
ada orang kata pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa..
sedang asyik kita bahagia gembira sampai kita lupa untuk bersyukur..
bila masalah menimpa baru kita sedar semuanya sementara...
tetapi percayalah bahawa semuanya yang berlaku adalah takdir..
belajar bersyukur dan belajar bersedia untuk segala kemungkinan....

Thursday 1 January 2015

2015

dalam sedar tak sedar berakhirnya 2014 yang banyak memberi aku pengalaman yang bermakna..
2014 yang menyakitkan dan mengembirakan.. 2014 aku kehilangan seorang yang amat bermakna pada aku, dan 2014 juga mengajar aku erti cinta dan pergorbanan yang sebenarnya.. pada mula aku memikirkan lelaki tidak penting bagi aku. kerana aku ada abah.. itu sudah cukup bagi aku he is my hero.. tapi setelah abah pergi selama-lamanya baru aku sedar yang orang yang kita sayang takkan selamanya ada dengan kita. sampai aku mengenal seseorang yang amat bermakna bagi aku.. mengenali dia membuat diri aku kembali bangkit. membuat aku percaya pada cinta.. dan aku tidak pernah mencintai seseorng sebegitu.. tetapi sekali lagi aku sedar yang dia bukan tercipta untuk ku... cintanya hanya untuk dia.. dan aku tidak berharap kasih sayang darinya. aku tidak akan meminta darinya.. biar cinta ini aku tanam dalam2...